Mengenai organisasi kami

Sejarah Organisasi

Penubuhan Yayasan KUIS

Yayasan KUIS adalah sebuah Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan (Non-Profit Organisation) yang ditubuhkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) pada 25 Oktober 2011. Yayasan KUIS berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 965726-V. Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KUIS kali pertama telah dijalankan pada 09 November 2011. Yayasan KUIS juga adalah sebuah entiti yang diaudit oleh juruaudit luar pada setiap tahun. Operasi utama Yayasan KUIS adalah untuk menguruskan dana sumbangan secara profesional bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan dalam meneruskan pengajian. Kini, Yayasan KUIS menguruskan dana Zakat, Wakaf dan Infaq.

Yayasan KUIS sedang dalam proses memperbaharui kelulusan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6)  Akta Cukai Pendapatan 1967 yang pernah diterima  dari tahun 2017-2021. Yayasan KUIS mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai bagi sama-sama memastikan kelestarian pendidikan tercapai.

Matlamat Utama Kami

Matlamat utama YAYASAN KUIS adalah untuk memberi bantuan kewangan dan perkhidmatan dalam pelbagai bentuk kepada pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti, asnaf fakir miskin, golongan memerlukan dan juga untuk menjana dan memupuk budaya kecemerlangan di kalangan rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan.

Visi

Menguruskan dana secara profesional untuk meningkatkan mutu pendidikan.

Misi

  1. Menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan
  2. Memastikan pengurusan dana diuruskan mengikut syariat Islam
  3. Mewujudkan peluang dan ruang kepada mereka yang memerlukan bantuan ke arah kesejahteraan insan
  4. Melahirkan generasi yang produktif dan mampu memanfaatkan sumber yang diperoleh

Moto

Bersama Merealisasikan Impian, Mencipta Kejayaan

Yayasan KUIS

Objektif Organisasi

Sumbangan0
There are no products in the cart!
Sumbang Lagi
0